kalau nak jadi orang... jadilah orang yang jahat tapi baik... janganlah jadi orang yangg baik tapi jahat...

loyai kalapions

loyai kalapions
cinta tak semestinya memiliki

Saturday 25 April 2015

Tips Cepat Pandai Memasak

Assalamualaikum..
Tak semua perempuan pandai masak. Tapi sebenarnya semua orang boleh jadi pandai masak kalau belajar masak. Ala mudah je pon masak, kau campak campak aje bahan yang kau nak masukkan. Then perasa seperti garam dan gula jangan terlebih, nanti terus tak sedap.
Ramai perempuan tak pandai masak. Ye ke? Sebenarnya bukan sebab tak pandai, tapi sebab malas nak belajar masak. Dalam dunia ni tak kira la apa juga benda kau buat, sebelumnya mesti kau belajar dulu kan? Macam tuh la jugak masak.. So macam mana nak pandai masak?
Meh aku ajar sikit tips-tips nak cepat pandai masak.
1) Kenali apa itu garam dan gula serta rasanya
Haha… Aku tau korang memang akan cakap, “ala setakat garam ngn gula aku tau rasa macam mana..”.. tapi percaya lah, adakala kalau korang tau rasa sekalipun korang tetap akan termasinkan atau termaniskan masakan korang.. sebabnya korang tak pandai nak sukat banyak mana kena letak. So nasihat aku, kalau tak pandai nak sukat garam ngan gula, letak sikit sikit dulu.. jangan pulak kau taruh banyak terus.. Mau nanti susah nak adjust. Kalau sikit takpe, boleh tambah lagi sikit.. Kalau banyak?? alamaknya kencing manis ngan darah tinggi kau dapat.. Tak pon aku pasti makanan tuh nanti masuk tong sampah.. haha.. macam ada pengalaman je orang yang tulis ni.. Haha..
2) Baca resepi dengan betul
Orang yang tak pandai masak kena guna resepi untuk masak. Jangan memandai sangat buat pandai tapi tak pandai. Nanti takde orang makan makanan kau.. So first thing kau kena baca resepi betul betul. Selepas baca siapkan bahan bahan untuk dimasakah. Potong ikut keperluan. Kalau bahan tak cukup, tak pe, kau boleh skip. Tapi kalau bahan utama tak ada, kau cari resepi lain.. Kalau tak ada bahan utama macam mana nak buat.. Ish..
Lepas siap bahan-bahan kau potong dan sediakan, baca langkah untuk memasak dengan teliti. Jangan tinggal satu pon. Kang tak jadi masakan kau. Reti?
3) Jangan gelojoh bila kat dapur
Kalau kau nak cepat pandai masak, sila jangan gelojoh.. Kenapa aku kata jangan gelojoh? Haha.. Meh nak habaq..Bila kau gelojoh kau akan fobia selepas kau lakukan sesuatu. Contoh, kau nak goreng ikan. Minyak dah panas.. Then kau pergi campak pulak ikan tuh dalam kuali. lepas tuh terpercik minyak kat tangan kau, aku pasti kau akan fobia lepas tuh.. PASTI.. ye la , first time masak dah dapat tanda kan? hahaha
Sebab tuh aku cakap, jangan gelojoh. Setiap apa yang kau nak letak dalam kuali yang ada minyak panas, atau dalam air menggelegak, letak slow slow.. baru la benda tuh tak terpercik kat kau. So lepas tuh kau akan suka dan terus suka untuk masak lagi.. hhehe..
4) Mulakan masak dalam kuantiti yang sedikit
Yep, masa mula mula masak jangan tamak. Masak dalam kuantiti yang sedikit. Sebab kalau masak dalam kuantiti yang banyak agak susah nak agak kuantiti bahan perencah nak di guna. Lagi satu lebih selamat buat dalam kauntiti yang sedikit. Kalau tak jadi jumlah tuang ke dalam tong sampah tak ada la banyak sangat kan?
5) Rajin rajin masuk dapur walaupun untuk tengok mak masak
Perkara paling mudah nak buat. Sila rajinkan diri masuk dapur. Setakat masuk dapur apa lah yang susahnya. Bagus tau selalu masuk dapur nak nak bila ibu atau mak korang tengah masak. Tengok macam mana dia siang ikan.. Macam mana dia basuh ayam. Macam mana dia potong sayur. Semua tuh kita boleh belajar dari pemerhatian. So lepas ni senang nak masak. Takde la terkial kial kan?? Bagi aku tak ada susah pun nak masak. Tapi masak perlu kan mood jugak. Kalau mood tak elok tak jadi la apa kau nak masak. macam ssemalam, mood lapar, tapi mood nak masak pon kurang. terpaksa masak sebab lapar kan. Aku goreng maggie, last sekali masuk tong sampah sebab tak ada rasa..
Untuk perempuan, elok la belajar masak. nanti dah berlaki senang. Air tangan isteri ni banyak pengaruh. termasuk pengaruh untuk suami buncit. Haha..
So selamat mencuba.. Jangan cari alasan untuk elak memasak. Sampai sudah tak pandai la gamaknya..

No comments:

Post a Comment