kalau nak jadi orang... jadilah orang yang jahat tapi baik... janganlah jadi orang yangg baik tapi jahat...

loyai kalapions

loyai kalapions
cinta tak semestinya memiliki

Sunday 23 June 2019

Mungkin anda pernah dengar ayat ini,
" Cinta tidak semestinya memiliki…
Ada orang yang bercinta sudah bertahun lamanya. Masing-masing sudah kenal hati budi masing-masing. Ibu bapa pun sudah kenal dengan siapa kita berkawan.
Tetapi sayangnya, percintaan itu tidak semestinya kekal lama. Tidak semestinya percintaan itu akan kekal sehingga ke alam perkahwinan.
Walau bagaimana sekalipun kita menyayangi seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita selamanya.
Kita kena bersedia untuk menerima dan redha bahawa tidak semestinya apa yang kita inginkan, akan kita dapat. Kita kena sedia menerima perasaan kecewa dan sedih dalam hidup yang kita lalui ini.
Memang kita akan rasa sakit, tetapi kesakitan itulah yang akan membuatkan diri kita menjadi lebih kuat pada masa akan datang.
Usah dipertikai kenapa diri kita yang ditimpa ujian ini. Usah ditanya kenapa diri kita yang mesti melaluinya. Kerana setiap ujian yang kita lalui itu ada hikmahnya.
Jika kita merasakan ujian yang kita lalui adalah perit, sebenarnya ada insan lain yang lebih perit ujiannya dari kita.
Jadi, jika kita sedang bercinta, bersedialah untuk menerima bahawa tidak semestinya si dia yang kita sayang dan cinta itu akan menjadi milik kita.
Tidak semestinya insan yang kita sayang dan cinta itu akan kekal menjadi pasangan kita hingga ke hujung nyawa.
Cukuplah sekadar kita menjaga dirinya semasa si dia ada bersama dengan kita. Cukuplah sekadar kita menumpang perasaan bahagia dan gembira disaat kita bersama.
Jika ada jodoh antara kita dengannya, bersyukurlah kepada yang Maha Esa. Bersyukurlah kerana diberikan peluang untuk kekal bersama dengannya.
Tetapi jika tidak ada jodoh antara kita dengan si dia, bersabarlah. Percaya dan terimalah bahawa ada seseorang yang lebih baik sedang menantikan kita di luar sana.
Mungkin si dia sedang menunggu dan menanti bilakah kita akan tiba berjumpa dengannya. Mungkin si dia sedang tertanya-tanya, siapakah insan yang akan menjadi pelengkap hidupnya.
Tetapi bilakah kita akan bertemu dengannya? Tidak ada siapa yang tahu. Mungkin esok, mungkin lusa. Atau mungkin di syurga? Tidak ada siapa yang tahu.
Itulah realiti kehidupan. Tidak sama seperti dalam novel cinta yang dibaca. Tidak sama seperti drama TV yang dilihat. Segalanya penuh dengan tanda tanya dan misteri.
Walau apapun, untuk sekarang ini, untuk saat ini, hargailah setiap saat dan waktu ketika kita bersama dengan si dia. Hayati dan jiwai setiap peristiwa dan kenangan yang dilalui bersama.
Kerana mungkin, kerana mungkin, itu adalah pertemuan terakhir kita dengannya.
" Harus berhenti menyintai seseorang bukan kerana seseorang itu berhenti menyintai kita, melainkan kerana  kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya "
" Cinta itu bukan apa yang difikirkan oleh akal tapi cinta adalah apa yang dirasakan  oleh hati "



https://www.youtube.com/watch?v=RNlv8vTeEfU


Lyrics
Cinta memang tak selama nya bisa indah
Cinta juga bisa berubah menjadi sakit
Begitu yang kurasakan kini
Perih hatiku tinggal kehancuran
Tak pernah terbayangkan
Dan tak pernah terpikirkan
Cintamu dan cintaku akan berpisah
Namun harus kurelakan itu
Untuk hidupmu agar lebih baik
Maafkan aku
Setulus hatimu
Kepergian diriku itu bukan keinginanku
Terima saja dengan pilihan yang lain dari orang
tuamu
Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis
Aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini kulakukan untukmu
Maafkan Aku
Setulus Hatimu
Kepergian Diriku itu Bukan Keinginanku
Terima Saja Dengan pilihan yang lain dari orang
Tuamu
Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis
Aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini kulakukan demi
kebaikan mu
Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis
Aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini kulakukan
Terima saja semua ini kulakukan untukmu

Saturday 25 April 2015

Tips Cepat Pandai Memasak

Assalamualaikum..
Tak semua perempuan pandai masak. Tapi sebenarnya semua orang boleh jadi pandai masak kalau belajar masak. Ala mudah je pon masak, kau campak campak aje bahan yang kau nak masukkan. Then perasa seperti garam dan gula jangan terlebih, nanti terus tak sedap.
Ramai perempuan tak pandai masak. Ye ke? Sebenarnya bukan sebab tak pandai, tapi sebab malas nak belajar masak. Dalam dunia ni tak kira la apa juga benda kau buat, sebelumnya mesti kau belajar dulu kan? Macam tuh la jugak masak.. So macam mana nak pandai masak?
Meh aku ajar sikit tips-tips nak cepat pandai masak.
1) Kenali apa itu garam dan gula serta rasanya
Haha… Aku tau korang memang akan cakap, “ala setakat garam ngn gula aku tau rasa macam mana..”.. tapi percaya lah, adakala kalau korang tau rasa sekalipun korang tetap akan termasinkan atau termaniskan masakan korang.. sebabnya korang tak pandai nak sukat banyak mana kena letak. So nasihat aku, kalau tak pandai nak sukat garam ngan gula, letak sikit sikit dulu.. jangan pulak kau taruh banyak terus.. Mau nanti susah nak adjust. Kalau sikit takpe, boleh tambah lagi sikit.. Kalau banyak?? alamaknya kencing manis ngan darah tinggi kau dapat.. Tak pon aku pasti makanan tuh nanti masuk tong sampah.. haha.. macam ada pengalaman je orang yang tulis ni.. Haha..
2) Baca resepi dengan betul
Orang yang tak pandai masak kena guna resepi untuk masak. Jangan memandai sangat buat pandai tapi tak pandai. Nanti takde orang makan makanan kau.. So first thing kau kena baca resepi betul betul. Selepas baca siapkan bahan bahan untuk dimasakah. Potong ikut keperluan. Kalau bahan tak cukup, tak pe, kau boleh skip. Tapi kalau bahan utama tak ada, kau cari resepi lain.. Kalau tak ada bahan utama macam mana nak buat.. Ish..
Lepas siap bahan-bahan kau potong dan sediakan, baca langkah untuk memasak dengan teliti. Jangan tinggal satu pon. Kang tak jadi masakan kau. Reti?
3) Jangan gelojoh bila kat dapur
Kalau kau nak cepat pandai masak, sila jangan gelojoh.. Kenapa aku kata jangan gelojoh? Haha.. Meh nak habaq..Bila kau gelojoh kau akan fobia selepas kau lakukan sesuatu. Contoh, kau nak goreng ikan. Minyak dah panas.. Then kau pergi campak pulak ikan tuh dalam kuali. lepas tuh terpercik minyak kat tangan kau, aku pasti kau akan fobia lepas tuh.. PASTI.. ye la , first time masak dah dapat tanda kan? hahaha
Sebab tuh aku cakap, jangan gelojoh. Setiap apa yang kau nak letak dalam kuali yang ada minyak panas, atau dalam air menggelegak, letak slow slow.. baru la benda tuh tak terpercik kat kau. So lepas tuh kau akan suka dan terus suka untuk masak lagi.. hhehe..
4) Mulakan masak dalam kuantiti yang sedikit
Yep, masa mula mula masak jangan tamak. Masak dalam kuantiti yang sedikit. Sebab kalau masak dalam kuantiti yang banyak agak susah nak agak kuantiti bahan perencah nak di guna. Lagi satu lebih selamat buat dalam kauntiti yang sedikit. Kalau tak jadi jumlah tuang ke dalam tong sampah tak ada la banyak sangat kan?
5) Rajin rajin masuk dapur walaupun untuk tengok mak masak
Perkara paling mudah nak buat. Sila rajinkan diri masuk dapur. Setakat masuk dapur apa lah yang susahnya. Bagus tau selalu masuk dapur nak nak bila ibu atau mak korang tengah masak. Tengok macam mana dia siang ikan.. Macam mana dia basuh ayam. Macam mana dia potong sayur. Semua tuh kita boleh belajar dari pemerhatian. So lepas ni senang nak masak. Takde la terkial kial kan?? Bagi aku tak ada susah pun nak masak. Tapi masak perlu kan mood jugak. Kalau mood tak elok tak jadi la apa kau nak masak. macam ssemalam, mood lapar, tapi mood nak masak pon kurang. terpaksa masak sebab lapar kan. Aku goreng maggie, last sekali masuk tong sampah sebab tak ada rasa..
Untuk perempuan, elok la belajar masak. nanti dah berlaki senang. Air tangan isteri ni banyak pengaruh. termasuk pengaruh untuk suami buncit. Haha..
So selamat mencuba.. Jangan cari alasan untuk elak memasak. Sampai sudah tak pandai la gamaknya..

Friday 6 September 2013

DOA PAGAR KAWASAN RUMAH


Cara-caranya:


1. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.


2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.


Ayat ini jika diamalkan selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.



Maksudnya:



8. Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. 9Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)(Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)

Baca doa ini selalu selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.


Maksudnya:


"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim." (Surah Al Mukminun: Ayat 28)

Monday 10 October 2011

kalaulah kita dapat melihat seperti anak2 kita melihat..


Kenapa saya suka rumah saya?
Kenapa saya suka rumah saya??
Kenapa saya suka rumah saya???
Dia cantik sangat!!!
Kenapa saya suka rumah saya????
Ada ayah…. Ada mak….
Kakakkk.. abg..
Kenapa saya suka rumah saya?????
Kenapa saya suka rumah saya??????
Saya suka kucing saya..
Kenapa saya suka rumah saya??????
Mak masak nasi.. emmm…. Semua dia masak..
Nyamm nyamm…….
Kenapa saya suka rumah saya???????
Sebab dia best…!!!!!!!!!
Kenapa saya suka rumah saya?????
Sebab saya sukalah..!!!
Kenapa awak Tanya soalan mcm ni????

*********
Kalaulah kita dapat melihat seperti anak-anak kita melihat…
Renung-renungkan lah….

Sunday 9 October 2011

le tua de langkawi

sangat meletihkan tapi besttttt
bak kata boboy boy..... terbaikkk

 masa di dah ready nak nak feri dah... dok tolak gerek nak boh atas feri...
tu yg kata gerek mahai tu..... angkat sebelah tangan dgn senyuman yg manis.....
masa ni gerek kena sua la... sbb nak kena susun atas feri... tinggi jugak la....

ok..... dah susun shantik2 mcm ni... baru la blh naik feri dgn tenang...... dlm hati x sabaq nak kayuh dah haihhhh


lihatlah... betapa appynya tiga abdul ni.........x kayuh lagi.... muka ceria la....hahaha



sejam setengah punya atas feri...... kami pon sampai kat jeti kuah.... tgk tu... x sabaq2 nak kayuh....hadoiii



bila dah kuaq ja dr jetu kuah...... kami pon berkumpul kat luaq .... nak kayuh p kat apartment... jauh dia lebih kurang 2 kilo ja....

Monday 5 September 2011


Takdir

Takdir itu apa?

adakah :-

kehidupan yang tidak bebas sama sekali, kerana apa yang kita lakukan sudah ditentukan oleh Allah

atau,

kehidupan yang sangat bebas, apapun yang kita lakukan tidak ada campur tangan Tuhan sama sekali

atau,

kehidupan yang apapun kita lakukan semuanya ada dalam aturan-aturan Allah, ada campur tangan Tuhan, tapi kita juga punya pilihan dalam melakukan sesuatu



aku cuma paham satu:-

apapun yang terjadi di bumi ini pasti ada sebabnya, bahkan kematian, rezeki dan jodoh pun tunduk pada hukum ini :- Qada & Qadar....



"seperti berapa besarnya tali yang menanggung beban
dan hujan yang turun di pertengahan jalan"

Sunday 24 July 2011

kalaulah mata kita seperti mata anak2 kita


Kenapa saya suka rumah saya?
Kenapa saya suka rumah saya??
Kenapa saya suka rumah saya???
Dia cantik sangat!!!
Kenapa saya suka rumah saya????
Ada ayah…. Ada mak….
Kakakkk.. abg..
Kenapa saya suka rumah saya?????
Kenapa saya suka rumah saya??????
Saya suka kucing saya..
Kenapa saya suka rumah saya??????
Mak masak nasi.. emmm…. Semua dia masak..
Nyamm nyamm…….
Kenapa saya suka rumah saya???????
Sebab dia best…!!!!!!!!!
Kenapa saya suka rumah saya?????
Sebab saya sukalah..!!!
Kenapa awak Tanya soalan mcm ni????

*********
Kalaulah kita dapat melihat seperti anak-anak kita melihat…
Renung-renungkan lah….

Saturday 23 July 2011

gedebuk.. jatuh tergolek

tu dia tajuk....
tu baru tajuk tapi korang tau ka apa yg gedebuk tu..?
mai sini nak habaq mai..
pada setiap jumaat hujung minggu... kami akan berkayuh menempuh onak dan duri tapi x buat onak kkk.. hahaha.. bak kata pepatah.. "x lari gunung dikejar tapi kami nak kejar jugak".besa la ... atlet la katakan.. kalau nak joint jom rrr..
ni ha antara gambaq2 dia...


















yang kada gedebuk tu ni la.....
inilah nangka busuk tuuu




hahahahaha
Bendera Zionis Israel Dalam Komputer Anda !!

Salam 1 Blogger,

Tetiba terpegun dengan post kat FB salah sorang kawan ni, dia bagitau dalam komputer atau laptop kita ni sebenarnya ada lambang/bendera Zionis Israel lengkap (persis dgn warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka)....betul kah??

Kalau korang nak tahu, memang betul dan saya sangat terkejut melihatnya! rupanya laptop kita ni ada benda macam ni..ermm! berhati-hati yer kawan-kawan...cuba buka sekarang jugak!

LOCAL DISK(C)-->PROGRAM FILES-->MICROSOFT OFFICE-->MEDIA-->CAGCAT10-->CTRL+F DAN CARI GAMBAR BERNOMBOR J0285926-->KLIK

Sekarang apa yang korang nampak?saya nak letak sini gambar tu tapi tak berani...nanti orang hack pulak blog buruk ni..kalau korang dah jumpa, terpulang lah mau delete ataupun tidak !! Sharing Is Caring...

P/s: Tolong sebarkan maklumat ini...TQ

Wednesday 22 June 2011

10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda




Peringatan: Tips yang dikongsikan di sini adalah khusus untuk isteri kepada suaminya. Bagi kepada anda yang belum berkahwin, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan tips ini kepada pasangan anda.


Godaan. Ia bagai suatu permainan 'dikejar dan mengejar'. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut

Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut

Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.


3. Sedikit sentuhan tubuh

Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat

Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat

Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda

Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda

Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan

Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia

Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia

Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Mr Teddy: Tips yang akhir sekali tu tak payah la ikut yer~

Tuesday 14 June 2011

Surah Al- Fatihah ( الفاتحة)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
In the name of Allah , the Beneficent , the Merciful
奉至仁至慈的真主之名,

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Praise be to Allah , Lord of the Worlds ,
一切赞颂全归真主,众世界的主,

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
The Beneficent , the Merciful .
至仁至慈的主,

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Owner of the Day of Judgment ,
报应日的主,

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Thee ( alone ) we worship ; Thee alone we ask for help .
我们只崇拜你,只求你祐助

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Show us the straight path ,
求你引领我们正路,

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
The path of those whom Thou hast favored ; Not ( the path ) of those who earn Thine anger nor of those who astray .
你所祐助者的路,不是受谴怒者的路,也不是迷误者的路。

- How to IMPRESS a WOMAN -


Compliment her,
respect her,
honor her,
cuddle her,
kiss her,
caress her,
love her,
stroke her,
tease her,
comfort her,
protect her,
hug her,


hold her,
spend money on her,
wine and dine her,
buy things for her,
listen to her,
care for her,
stand by her,
support her,

hold her,
go to the ends of the Earth for her.

Thursday 9 June 2011

JIKA AKU JATUH HATI

Ianya bukanlah sebuah puisi, tetapi sebuah doa yang sesuai untuk kita baca dan dikongsikan. Mudah-mudahan doa ini dapat kita amalkan agar kita jatuh hati pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNya...


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin ya rabbal alamin...

Wednesday 8 June 2011

cinta sempurna..

cinta untuk Dia---
walau belum sempurna
sekurang-kurangnya
rasa itu masih ada

ya...
masih ada


kerna Dia sentiasa menagih cinta dari kita


cuma kita yang terlalu sombong
takut serahkan jiwa dan raga
tak sanggup sengsara


ketentuanNya
hakikatNya
kita ini milik Dia

Friday 3 June 2011

Kisah Seram Tapi Benar

Ini adalah kisah benar, hal itu terjadi pada seorang lelaki, kakitangan yang bekerja di tingkat 40 Menara KLCC. Pada malam itu (Jumaat malam), ia bekerja lebih masa dan terpaksa pulang sendiri sekitar tengah malam.... Tidak ada sesiapa lagi di dalam bangunan tesebut, selain daripada pengawal keselamatan yang membuat rondaan malam dan keadaan cukup gelap di tingkat itu. Dia menuju ke lif dan menekan butang ke bawah. Tak lama kemudian pintu lif terbuka. Tiada sesiapa pun di dalam. Dia masuk dan kemudian, menekan "G" untuk tingkat bawah. Entah kenapa, lif tersebut tidak turun ke bawah tetapi naik ke atas. Dia cuba untuk menekan butang turun tetapi ia terus juga naik.

Ketika sampai di tingkat 88, tingkat yang paling tinggi lif itu berhenti! Pintu terbuka, dan kemudian, seorang wanita yang misteri sangat cantik, dengan rambut hitam panjang mengurai dan berpakaian serba putih, tersenyum manis padanya sambil melangkah memasuki lif. Bau yang teramat wangi mula menyelinap ke seluruh lif tersebut...

Lelaki itu bertanya-tanya siapakah gerangan gadis itu, kerana dia tidak pernah melihatnya sejak dia bekerja di menara tersebut. Dia bertanya pada diri sendiri... siapakah dia, dan mengapa dia belum pulang ketika hampir tengah malam, tidak selamat bagi wanita sendirian larut malam begini. Dia ingin bertanya, tapi kerana malu, dia hanya berdiam diri.

Dalam keheningan, lif turun perlahan dari lantai satu ke yang lain ... 77... 76... 75... 48... 47... 46... 35... 34... 29... tiba-tiba di tingkat 13, lampu-lampu di dalam lif terpadam dan lif tiba-tiba terhenti.

Dalam kegelapan itu... Dia menekan butang kecemasan... Menunggu ... Tetapi tidak ada apa yang terjadi. Tiba-tiba, bau yang tadinya begitu wangi bertukar menjadi sangat busuk... Hingga dia terasa hendak muntah tetapi ditahannya... Hatinya berdebar... Jantungnya berdegup kencang, peluh dingin mula membasahi tubuhnya, dia tidak boleh bernafas... dan dalam keadaan itu, dia mulai berdoa dan berusaha menenangkan diri, cuba bernafas secara normal walaupun tangannya menutup hidungnya... Sementara itu bergerak ke belakang perlahan.

Kemudian, lampu menyala.

Tiba-tiba, wanita itu! Yang berada di belakangnya tertawa menakutkan .... dan berkata ...............

"Maaf, saya terkentut, siang tadi saya makan banyak telur.... Awak tidak marah kan?