Cara-caranya:
1. Hendaklah diamalkan
sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali
selama 7 hari berturut-turut.
2. Selesai amalan diatas
hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru
dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru.
InsyaAllah dipelihara-Nya.
Ayat ini jika diamalkan
selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan
mengelak dari niat jahat perompak.
Maksudnya:
8. Sesungguhnya
Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran
sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka;
(lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah
mereka terdongak. 9. Dan Kami jadikan (sifat
tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang
menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa
dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada
memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami
tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang
benar). (Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)
Baca doa ini selalu
selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan
sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.
Maksudnya:
"Kemudian apabila
engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka
hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu
bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang
zalim." (Surah Al Mukminun: Ayat 28)
No comments:
Post a Comment